kuasa kebangkitan mahasiswa
kian membuak
kian menular
kian dipandang
kian disanjung
kuasa kebangkitan mahasiswa
mendapat liputan meluas
meniti di bibir-bibir rakyat
menjadi satu isu malaysia kini
mengoyahkan ketenteraman org atasan
kuasa kebangkitan mahasiswa
tidak setakat suam-suam kuku
tidak setakat menanam tebu di pinggir bibir
tidak setakat omong-omong kosong.
tidak setakat melepaskan batuk di tangga.
kuasa kebangkitan mahasiswa
mari bersama perjuangkan
mari bersama berlari
mencari sesuatu kepastian
mencari sesuatu keadilan
demi bangsa dan negara.

