Monday, March 28, 2011

.kolej ku. Upsi ku.


assalamualaikum.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). itu adalah tempat saya merempat selama 4 tahun. ataupun kata lainnya, saya telah,sedang dan akan belajar di upsi selama  4 tahun. saya tau ramai golongan manusia yang tidak tau kehadiran upsi. sepanjang saya mengikuti program antara universiti sebilangan manusia yang langsung tidak pernah dengar universiti ini. kadang-kadang simpati jgk dengan manusia itu, tp saya tau bahawa upsi tidakla sefamous universiti-universiti yang ada di muka bumi ini.



Upsi adalah satu universiti yang dulunya di kenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris. dan setelah di naik taraf, ianya menjadi Universiti pertama yang menawarkan program pendidikan sepenuhnya. dan berpusu-pusu manusia yang bercita-cita sedari kecil menjadi cikgu akan mengapply upsi dan xketinggalan jgk yang paksaan ibu bapa seperti saya. disebabkan mak bapak saya berkeinginan utk melihatnya anak-anaknya menjadi seorang guru berjaya jadi dengan rela paksaan hatinya saya mengapply upsi.



Upsi terletak di tanjong malim,perak iaitu di sempadan perak dan selangor.  upsi mempunyai 4 kolej kediaman iaitu 2 antara kolej tersebut berada di ulu bernam, selangor kira-kira 2km dari kampus dan 2 lagi kolej kediaman berada di proton city, tg malim, perak kira-kira 10km dari kampus. kolej yang berada di ulu bernam, selangor adalah kolej harun aminurrashid (KHAR) dan kolej ungku omar (KUO). 2 kolej lagi yang berada di proton city adalah kolej zaba(KZ) dan kolej aminuddin baki(KAB).




saya menetap di kolej harun aminurrashid ataupun khar. selama 2 tahun saya merempat di sini kolej inilah yang memberi saya perlindungan pabila hujan, panas, ribut bagai. khar mempunyai 3 blok iaitu blok 1, blok 2, dan blok 3. blok 1 dan blok 3 adalah kolej bg perempuan manakala blok 2 bagi lelaki. kolej ini adalah kolej yang amat paling besar diantara ketiga-tiga kolej iaitu mempunyai 9 tingkat, mempunyai lif yang sangat siot dan selalu rosak.



kemudahan-kemudahan di kolej ini sangat superb. pemandangan yang cantik, kemudahan discussion yg superb, kemudahan tempat berdating yg superb. kafe yg greet. pak guard-pak guard yang hensem macho yang akan meniup wisel tepat pukul 12 tgh malam. kemudahan wifi yang sangat laju mcm kura-kura bjalan. kemudahan tempat berjoging di ladang kelapa sawit yang penuh org keling, kemudahan yang sangat-sangat selesa. sangat-sangat.(haha. semua ini aku tipu)

debaran untuk menduduki kolej pada sem hadapan sdh pun terjawab. yah!! aku tercicir dari senarai org yang dapat menduduki kolej. yah!!! aku telah di buang kolej. persoalannya. knp aku di buang???... aku xaktif. ya aku xaktif. setiap kali kolej buat program aku xkan turun kutip sticker. *sticker adalah binatang yg harus dikumpul bg jaminan menduduki kolej* sem ini aku hanya mendapat 2 daripada perpuluh-puluh sticker. 



pesanan aku sesiapa yang dapat menduduki khar sem depan tahniah. sila teruskan kesetiaan anda terhadap kolej tercinta. kepada yang dibuang. harap maklum perkhidmatan anda tidak diperlukan lagi. sila la cari rumah sewa yang berdekatan. 

sekian. =)


5 orang hebat..:

SheNn said...

Hahah..nasib serupa...sedang menikmati saat akhir di KHAR ni..wakaka!

Imran nyambek said...

lapar

hasniza hamzah said...

kak kami baru nak nak masuk koleh khar bln 9 nie...ok tak kolaj nie

A.S.Z said...

akak , saya nak tanye , satu bilik share 2 org ea? saya bakal masuk 3 jun nih , =)

Anonymous said...

boleh recommend kolej mana yang selesa diduduki? tq.. :)