Monday, April 11, 2011

.Terminal Bersepadu Selatan.

okay benda ni sdh lapok. tapi ada jgk rakyat malaysia yg x alert dgn benda ni. contohnya aku. macam ketinggalan zaman plak. So, sebagai warga negara malaysia, kita harus alert setiap perkembangan negara kita kan. haha.



minggu lepas aku n kawan-kawan berhasrat mau pegi johor. so, perjalanan kami mcm biasa naik bas dr tg malim smpai KL n then pegi Bukit Jalil. sampai Bukit Jalil sunyi sepi. heran dan bigung..!! rupa-rupanya terminal bas Bukit Jalil sdh berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan iaitu terletak di Bandar Tasik Selatan.

Terminal ini telah pun beroperasi dr 1hb januari. dan aku n kawan-kawan aku xtau pun wujudnya terminal ini. haha.


Yang menariknya terminal ini adalah bentuknya yang cantik dan agak besar gila la..Nampak tidak seperti stesen bas. Terminal enam tingkat itu dibangunkan di atas tanah seluas 19.6 hektar, dan ia dilengkapi dengan 55 platform bas, 150 perhentian teksi, 1,000 tempat letak kereta dan 1,800 tempat duduk untuk pengguna dengan sistem hawa dingin di ruang menunggu dan sistem tempahan tiket secara interaktif mesra pengguna.



Selain itu terdapat 44 ruang perniagaan termasuk empat restoran dan ruang medan selera serta gerai, dan ia dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan lain seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter,Express Rail Link (ERL) dan Transit Aliran Ringan (LRT).



Kalau tgk gmbar TBS ni, memang akan terkejut. Sangat menarik dan tertarik. Dalamannya seperti di Airport. Airport!! siap ada bording pass lg. then yg jaga bording pass tu polis. mmg sistematik la. xrasa macam ada di stesen bas macam di puduraya. kalau tak percaya, pergi tengok sendiri..




p/s : bulan 5 ni semua pelajar ipta akan balik kampong masing-masing, so xpyhla bersesak-sesak macam di puduraya dan bukit jalil hari tue...




1 orang hebat..:

peGuaM_BiSaYa said...

betul2x.. kat bukit jalil pun agak sama..sesak mashaallah.. ta sabar balek kmpong ni..weeeee~~~