Sunday, April 17, 2011

.wajah baru hentian puduraya.

hye..hye..hye.. you puduraya da buka. jom kita lihat keistemewaan nya :

muka depan



Penambahbaikan puduraya:


  • Mempunyai 3 kawasan menunggu yang baru iaitu, tingkat mezanin seluas 1,310 meter persegi yang siap dalam fasa satu pembinaan iaitu pada April 2010 yang lalu.
  • Selain itu, dua tempat menunggu yang baru di tingkat satu turut disediakan iaitu kawasan menunggu A dan B seluas 1,716 meter persegi yang berhawa dingin. Dahulunya tingkat satu ini menempatkan ruang makan dan gerai runcit.
  • Sebanyak 50 kaunter tiket disediakan di tingkat satu berbanding 108 kaunter sebelum ini. (pengurangan). Hal ini kerana syarikat yang mempunyai pengarah sama disatukan bagi menjimatkan ruang dan memudahkan pengurusan kawalan kaunter.
  • Terdapat penambahan mobiliti untuk untuk para penumpang melalui peningkatan lif dan eskalator, penambahan 2 unit walkalator, laluan pejalan kaki, sistem siar raya, penambahan tandas awam yang melibatkan kemudahan mesra pengguna untuk orang kurang upaya.
  • Ia kini menempatkan lebih kurang 245 lot merangkumi kaunter tiket, mesin-mesin Mesin Teler Automatik, kiosk, gerai runcit serta restoren-restoren. 
  • Kaunter tiket yang lebih sistematik dibina di tingkat satu, medan selera pada tingkat atas bumbung, pengubahan kipas ekzos di tingkat bawah serta keseluruhan kerja-kerja menaik taraf tingkat bawah tanah.
  • Dewan sembahyang terminal seluas 511 meter persegi telah diubahsuai dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang lebih baik dan berhawa dingin. Setelah diubahsuai, surau itu kini boleh menampung 400 orang jemaah dan mendapat pentauliahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengendalikan sembahyang Jumaat.

 ada eskalator you.

 canggih you.

 kalau dulu platform 14 utk ke tg malim. 

 pak guard pun pandai round2 sdh. haha.

hebat x? hebat x?

p/s : kawasan puduraya terutamanya LRT Plaza Rakyat yang lengang selama setahun ini, akan mula sesak dgn kesibukan manusia-manusia lagi.


4 orang hebat..:

dLa said...

pergh lawa gilerrr!

Nur said...

kalo cmanih nak pergi sorang2 pon tak takut..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

dah lame x g pudu... so jalan kaki untuk g ke stesen plaza rakyat tu dh ok x????

no_answer said...

maken gempak lah ! :D